Sunday, November 04, 2012

PREMIUM BEAUTIFUL - BREASTFEEDING



Breastfeeding gives your newborn baby the best start in life. Susu ibu is nature's perfect food for your baby. However, there's more to feeding than putting your baby to your breast. We know it's not always easy for a new mum to be confident about her breastfeeding skills, or to know whether her baby is getting enough breast milk.

Premium Beautiful is specially designed to suit breastfeeding mums. Some of the benefits are:

1) Increase milk flow.

2) Mothers will not experience swollen breasts as the Long Bra cup will balances the process of engorged breast and milk supply if there is gap in between feedings.

3) Wearing Premium Beautiful can avoid the development of breast cyst due to wounded breasts or spoiled/sour milk.

4) Avoid saggy breasts and helps to firm it. The cup will ensure the breasts are in the right position.

5) Waist Nipper will help mothers to sit in the right posture, especially to support the lumbar while breastfeeding. Nursing might take more than half and hour and good seat position is vital.

5) With consistent wearing, the embedded FIR will improve the blood circulation.

This F.I.R. will penetrates deep within the soft tissues of the breast area, helping to reduce swelling, relieve pain, and most importantly enhance the lymphatic drainage process. Not only that, F.I.R. will actually stimulates and speeds up the circulation in the breast. Increasing circulation on every level is the key to a healthy cells. F.I.R. dilates the tiny blood vessels and capillaries relieving swelling, pain and speeding the lymphatic drainage process through the lymph nodes. F.I.R. also stimulates metabolic changes in living cells. This helps to produce energy for vital processes, and assist with the elimination of waste particles generated from the metabolic process. F.I.R. is good for the breast tissues and will help reduce any stagnant or pooling of lymph fluid in and around the cells.


More on breastfeeding articles - click here

I have successfully breastfeeding my daughter for 2 years 9 months and still counting. Yes, she is still depending on me when it comes to milk supply and there is no signs of weaning! Alhamdulillah, she got more than what she is supposed to. She is also a healthy and smart girl, seldom fall sick especially during her first year.

I have tried to wind down but there is no mutual understanding between us, so I have to wait for a little bit more longer. Her usual routine is in the morning, sometimes at noon and before sleeping is a must. Since I'm wearing PB, I did ask her how was the milk supply? A lot or a little, she said like usual. Which means it is enough to keep her full besides taking her solid food. I have a feeling that there is still no signs of weaning....

So, mothers...i hope those explanations will be highly considered in making your decision of having a set of Premium Beautiful. It is not only for you and your body, it is also benefits your baby. Isn't PB is so thoughtful and considerate? :)

Free trial and consultation
Liyana Noor Azmi
0162090945

Saturday, November 03, 2012

Infertility, Pregnancy + Confinement - Part 3 (Finale)

Let's get into it!

Pemakaian Premium Beautiful amat disyorkan sewaktu dalam pantang kerana ia dapat:


1. Mengeluarkan angin dalam badan

2. Mengecutkan dan memperkemaskan semula rahim yang mengembang semasa mengandung

3. Menarik dan merapatkan semula tulang pinggul yang mengembang semasa proses bersalin

4. Menyegarkan badan yang lesu dan letih akibat sepanjang proses melahirkan bayi

5. Mengeluarkan darah nifas yang beku dan berketul-ketul dengan lancar

6. Mengeluarkan segala sisa kotoran dan air bisa (menggantikan proses tangas) dari rahim

7. Menyokong (menyengkak) rahim dari jatuh

8. Menyihatkan rahim dan memberi persediaan untuk proses persenyawaan seterusnya
    (menyeimbangkan semula hormon estrogen dan progestron)

9. Menghilangkan stretch mark akibat semasa mengandung atau menggaru perut semasa mengandung

10. Menghangatkan dalam badan dan tidak perlu menggunakan param, tapel dan pilis

11. Melancarkan proses pembuangan air besar (sembelit terjadi apabila memakan jamu)

12. Membanyakkan susu dan mengelakkan bayi dari cirit-birit akibat pemakanan jamu

13. Merawat luka-luka di dalam rahim atau di luar

14. Meningkatkan metabolisma badan sambil membantu mengurangkan berat badan dengan cepat

15. Membentuk semula payudara, pinggul dan posture badan yang menarik

16. Wanita bersalin secara 'ceasarian' (kerana tidak boleh bertungku,memakai ubat dan sebagainya) paling digalakkan memakai Premium Beautiful untuk menyihatkan semula rahim anda dan mengelakkan buncit di bawah perut.

Credit to Ms. Izyan Liyana



Next entry ---> Penyusuan dan Premium Beautiful :)


Free trial & Consultation
Liyana
016 2090945

Friday, November 02, 2012

Infertility, Pregnancy + Confinement - Part 2

Sewaktu menanti hari kelahiran anak saya, Omera Sakinah (2 thn 9 bulan), keadaan agak cemas. Doktor Hamid Arshat sudah menetapkan tarikh kelahirannya kerana ini adalah precious pregnancy, katanya. Kandungan saya adalah kandungan yang dinanti selama 4 tahun, maknanya kita tak perlu tunggu genap 40 minggu atau tunggu pecah air ketuban atau sakit nak bersalin. DHA memberi induce kepada saya dan masuklah saya ke dalam labour room di Pantai Hospital tu. Selama 21 jam saya berada dalam keadaan contraction, sangat tak selesa dan sakit. Baby terpusing-pusing kat dalam rahim membuatkan saya rasa sangat restless.Setiap sejam, nurse/midwife akan datang dan cek bukaan....dan selama 21 jam itu hanya terbuka 2cm....hmmm. Akhirnya, DHA bagi pilihan sama ada nak buat C-sect or balik dan tunggu betul-betul sakit kemudian datang semula ke hospital. Saya dan suami agak cemas, we actually checked out from the hospital...hahahaha! Sampai rumah, Mama paksa buat je C-sect sebab risaukan keadaan baby dan lagipun sudah induced. Saya buat solat Tahajud dan Hajat agar Allah mudahkan proses kelahiran ini. Esoknya kami kembali semula ke hospital dan menjalani pembedahan C-sect.


Sejurus selepas kelahiran Omera, saya mengalami kesejukan yang teramat sangat. Nurse kata kesan dari epidural. Saya pun ye kan jelah...waktu ini masih tak rasa lagi sakit kesan dari C-sect, masih boleh tersenyum dan gelak ketawa ;p. Omera masuk ke bilik dan saya mula menyusukan dia. Malam tu, saya dah mula terasa berat dan bengkak di kawasan antara perut dan ari-ari. Hajat nak ke tandas, tapi disebabkan sakit, terpaksa delay sebab nak bangun punyalah susah sebab rahim masih bengkak, perut masih besar seperti mengandung 5 bulan. Tandas itu tak kurang dari 10 langkah, sangat dekat tapi nak sampai ke pintu amatlah payah. Nak turunkan kaki dari katil pun perlukan bantuan suami dan kena struggle sambil mengampu perut yang berat ( seperti belon berisi air, kalau dilepaskan....apa jadi??....eeeiiii tak mau fikir). Nak lepaskan hajat pun payah. Ya Allah, Ya Rabbi...masa inilah kita terasa keperitan dan kepayahan ibu kita, mungkin pengalaman mereka lebih hebat, kita tak tahu! Naluri keibuan semakin berbunga dan berkembang. Gagahkan juga hati dan badan ini untuk melalui segala-galanya.

Saya berpantang di rumah Mama saya sendiri. Dia boleh dikatakan agak strict dalam berpantang ni, contohnya:
PERKARA WAJIB
1. Mandi air suam
2. Ikat rambut ketat-ketat dan tinggi
3. Pakai stokin
4. Bertungku 2/3 kali sehari (lepas mandi pagi - lepas subuh, tengah hari/petang, malam  tidur)
5. Pakai param, pilis dan seangkatannya.
6. Minum air suam/air pegaga (buat sendiri) untuk banyakkan susu.
7. Support perut, belum boleh berbengkung.
8. Makan lauk orang bersalin....ikan haruan panggang, ikan bilis tumbuk, lada hitam, sayuran, buah-buahan, ayam (mama tak bagi tapi saya degil sebab dah muak makan ikan, DHA kata boleh makan ayam, tak ada masalah ;) )

Selain dari perkara di atas, saya sentiasa memainkan CD ayat-ayat Al-quran untuk menenangkan jiwa, berzikir sebab dalam keadaan kita yang masih dalam nifas....syaitan amat suka mengganggu emosi. Wanita selepas bersalin memang sangat sensitif kerana seperti saya sendiri memikirkan seribu satu perkara yang kadang-kadang tak masuk akal. Contohnya, apa aku nak buat kalau suami mati...siapa nak jaga aku dan anak kecil ni, badan dah menggelebeh dan out of shape, suami itu suami ini, aku itu aku ini...Ya Allah, macam-macamlah si syaitan tu cuba nak rosakkan iman kita. Mendengar ayat-ayat quran sangat penting untuk membantu ketahanan dan ketenangan jiwa.

Selepas 2 minggu, luka pembedahan pun beransur pulih (nampak kat luar je la, yang kat dalam tak pasti...tapi rasanya masih bengkak), saya mula memakai bengkung lilit. Hmmmm....agak sakit bila diketatkan di bahagian luka tapi sebab geram tengok perut yang sebegitu indah rupanya, lilitlah sampai habis. Mama agak menentang tindakan saya nak berbengkung ni sebab dia risaukan luka di dalam, tapi dia diam je sebab agaknya dia tahu saya takkan lama memakai bengkung itu. Memang betul! Sakit, tak selesa dan macam- macam alasanlah kalau tak nak pakai! Hangat-hangat minyak Afiat!

Selama 44 hari, saya berjaya menamatkan tempoh berpantang dengan jayanya. Ye berjaya juga seludup keluar ke KLCC, Pavilion, Putrajaya, makan Prosperity Burger dan minum Ribena sejuk di rumah Mama, waktu malam ( cuaca kemarau, sangat panas dan berpeluh macam bersauna!). Baby sihat, saya sihat cuma perut dan badan je out of shape....banyak kerja reconstruction nak buat ni!




Persoalannya, apa saya nak buat untuk kembalikan bentuk badan yang ideal? Waktu itu, tidak terlintas langsung perkataan Premium Beautiful. Exercise? Hmmm, Yoga untuk seketika waktu, jaga makan - kadang-kadang, swimming - kadang-kadang. Tiada sesiapa pun yang kenalkan atau beritahu tentang produk itu. Fast forward, baru tahun ini saya mengenalinya, selepas 2 tahun 9 bulan Omera dilahirkan dan that extra baggage dan stretch mark masih wujud. Tanpa melengahkan waktu, saya terus memiliki perisai ajaib itu dan sedang menjalani kehebatannya dalam kehidupan harian. Setiap hari ada perubahan yang positif, walau sedikit demi sedikit, ia tetap memberi makna! Self confident dan self esteem semakin meningkat, secara automatik ia menjadikan diri kita motivated dan energized.



 


Setiap wanita wajib ada Premium Beautiful. Seriously wajib! Ia bukan setakat penjagaan bentuk badan, PB beri lebih dari itu, kesihatan dalaman terjaga, penampilan menarik (terutama untuk suami), dan yang paling penting untuk kepuasan diri sendiri. Think about it, but not too long because your just delaying your chance of having a greatest life! Why choose good life when you CAN have a GREATEST life?

Free trial and consultation for Premium Beautiful, am just a click away :)
Liyana Noor Azmi
0162090945
FB: Liyana Noor Azmi
Instagram: liyana27
Twitter: @liyananoorazmi