Friday, November 02, 2012

Infertility, Pregnancy + Confinement - Part 2

Sewaktu menanti hari kelahiran anak saya, Omera Sakinah (2 thn 9 bulan), keadaan agak cemas. Doktor Hamid Arshat sudah menetapkan tarikh kelahirannya kerana ini adalah precious pregnancy, katanya. Kandungan saya adalah kandungan yang dinanti selama 4 tahun, maknanya kita tak perlu tunggu genap 40 minggu atau tunggu pecah air ketuban atau sakit nak bersalin. DHA memberi induce kepada saya dan masuklah saya ke dalam labour room di Pantai Hospital tu. Selama 21 jam saya berada dalam keadaan contraction, sangat tak selesa dan sakit. Baby terpusing-pusing kat dalam rahim membuatkan saya rasa sangat restless.Setiap sejam, nurse/midwife akan datang dan cek bukaan....dan selama 21 jam itu hanya terbuka 2cm....hmmm. Akhirnya, DHA bagi pilihan sama ada nak buat C-sect or balik dan tunggu betul-betul sakit kemudian datang semula ke hospital. Saya dan suami agak cemas, we actually checked out from the hospital...hahahaha! Sampai rumah, Mama paksa buat je C-sect sebab risaukan keadaan baby dan lagipun sudah induced. Saya buat solat Tahajud dan Hajat agar Allah mudahkan proses kelahiran ini. Esoknya kami kembali semula ke hospital dan menjalani pembedahan C-sect.


Sejurus selepas kelahiran Omera, saya mengalami kesejukan yang teramat sangat. Nurse kata kesan dari epidural. Saya pun ye kan jelah...waktu ini masih tak rasa lagi sakit kesan dari C-sect, masih boleh tersenyum dan gelak ketawa ;p. Omera masuk ke bilik dan saya mula menyusukan dia. Malam tu, saya dah mula terasa berat dan bengkak di kawasan antara perut dan ari-ari. Hajat nak ke tandas, tapi disebabkan sakit, terpaksa delay sebab nak bangun punyalah susah sebab rahim masih bengkak, perut masih besar seperti mengandung 5 bulan. Tandas itu tak kurang dari 10 langkah, sangat dekat tapi nak sampai ke pintu amatlah payah. Nak turunkan kaki dari katil pun perlukan bantuan suami dan kena struggle sambil mengampu perut yang berat ( seperti belon berisi air, kalau dilepaskan....apa jadi??....eeeiiii tak mau fikir). Nak lepaskan hajat pun payah. Ya Allah, Ya Rabbi...masa inilah kita terasa keperitan dan kepayahan ibu kita, mungkin pengalaman mereka lebih hebat, kita tak tahu! Naluri keibuan semakin berbunga dan berkembang. Gagahkan juga hati dan badan ini untuk melalui segala-galanya.

Saya berpantang di rumah Mama saya sendiri. Dia boleh dikatakan agak strict dalam berpantang ni, contohnya:
PERKARA WAJIB
1. Mandi air suam
2. Ikat rambut ketat-ketat dan tinggi
3. Pakai stokin
4. Bertungku 2/3 kali sehari (lepas mandi pagi - lepas subuh, tengah hari/petang, malam  tidur)
5. Pakai param, pilis dan seangkatannya.
6. Minum air suam/air pegaga (buat sendiri) untuk banyakkan susu.
7. Support perut, belum boleh berbengkung.
8. Makan lauk orang bersalin....ikan haruan panggang, ikan bilis tumbuk, lada hitam, sayuran, buah-buahan, ayam (mama tak bagi tapi saya degil sebab dah muak makan ikan, DHA kata boleh makan ayam, tak ada masalah ;) )

Selain dari perkara di atas, saya sentiasa memainkan CD ayat-ayat Al-quran untuk menenangkan jiwa, berzikir sebab dalam keadaan kita yang masih dalam nifas....syaitan amat suka mengganggu emosi. Wanita selepas bersalin memang sangat sensitif kerana seperti saya sendiri memikirkan seribu satu perkara yang kadang-kadang tak masuk akal. Contohnya, apa aku nak buat kalau suami mati...siapa nak jaga aku dan anak kecil ni, badan dah menggelebeh dan out of shape, suami itu suami ini, aku itu aku ini...Ya Allah, macam-macamlah si syaitan tu cuba nak rosakkan iman kita. Mendengar ayat-ayat quran sangat penting untuk membantu ketahanan dan ketenangan jiwa.

Selepas 2 minggu, luka pembedahan pun beransur pulih (nampak kat luar je la, yang kat dalam tak pasti...tapi rasanya masih bengkak), saya mula memakai bengkung lilit. Hmmmm....agak sakit bila diketatkan di bahagian luka tapi sebab geram tengok perut yang sebegitu indah rupanya, lilitlah sampai habis. Mama agak menentang tindakan saya nak berbengkung ni sebab dia risaukan luka di dalam, tapi dia diam je sebab agaknya dia tahu saya takkan lama memakai bengkung itu. Memang betul! Sakit, tak selesa dan macam- macam alasanlah kalau tak nak pakai! Hangat-hangat minyak Afiat!

Selama 44 hari, saya berjaya menamatkan tempoh berpantang dengan jayanya. Ye berjaya juga seludup keluar ke KLCC, Pavilion, Putrajaya, makan Prosperity Burger dan minum Ribena sejuk di rumah Mama, waktu malam ( cuaca kemarau, sangat panas dan berpeluh macam bersauna!). Baby sihat, saya sihat cuma perut dan badan je out of shape....banyak kerja reconstruction nak buat ni!




Persoalannya, apa saya nak buat untuk kembalikan bentuk badan yang ideal? Waktu itu, tidak terlintas langsung perkataan Premium Beautiful. Exercise? Hmmm, Yoga untuk seketika waktu, jaga makan - kadang-kadang, swimming - kadang-kadang. Tiada sesiapa pun yang kenalkan atau beritahu tentang produk itu. Fast forward, baru tahun ini saya mengenalinya, selepas 2 tahun 9 bulan Omera dilahirkan dan that extra baggage dan stretch mark masih wujud. Tanpa melengahkan waktu, saya terus memiliki perisai ajaib itu dan sedang menjalani kehebatannya dalam kehidupan harian. Setiap hari ada perubahan yang positif, walau sedikit demi sedikit, ia tetap memberi makna! Self confident dan self esteem semakin meningkat, secara automatik ia menjadikan diri kita motivated dan energized.



 


Setiap wanita wajib ada Premium Beautiful. Seriously wajib! Ia bukan setakat penjagaan bentuk badan, PB beri lebih dari itu, kesihatan dalaman terjaga, penampilan menarik (terutama untuk suami), dan yang paling penting untuk kepuasan diri sendiri. Think about it, but not too long because your just delaying your chance of having a greatest life! Why choose good life when you CAN have a GREATEST life?

Free trial and consultation for Premium Beautiful, am just a click away :)
Liyana Noor Azmi
0162090945
FB: Liyana Noor Azmi
Instagram: liyana27
Twitter: @liyananoorazmi


6 comments:

Anonymous said...

I think that is one of the so much vital info
for me. And i'm satisfied studying your article. But want to statement on few basic issues, The website style is great, the articles is truly nice : D. Excellent process, cheers

My web blog vergleich Pkv
my website :: wechsel private krankenkasse in gesetzliche krankenkasse

Anonymous said...

Appreciate this post. Let me try it out.

Also visit my web page; kredit für jeden

Anonymous said...

Hi friends, good paragraph and nice urging commented here, I am genuinely enjoying by these.


My blog post; only online outlet
my webpage > fashion onlineshop

Anonymous said...

Thank you for another fantastic article. Where else may anyone get that kind of info in such an ideal method of
writing? I have a presentation subsequent week, and I'm at the search for such information.

Stop by my blog post Web Site

Anonymous said...

Wow! give thanks you! I always essential to write in my web site some thing like that.
Can I take part of your post to my weblog?

Here is my homepage :: in die türkei

Anonymous said...

Thank you for the assist!

Feel free to surf to my blog post: compare private student loan rates ()